Tuesday, July 10, 2012

PIKOM

Jom update lokasi & Tarikh PC Fair di tempat anda :

PIKOM

Wednesday, July 4, 2012

Mengapa CD n DVD tidak dpat detect pada Laptop

Rajah.1 Multi DL drive

Korg tahu x ape bnda ni??? Ni adlh Multi DL drive  yg mmbaca CD n DVD korg. Fungsi  Multi DL drive untk detect CD n DVD dan burn apa2 file.

~Korg tahu knapa CD n DVD xdpat detect pada Laptop korg? sbb,

~Korg kerap burn data-data file
~Korg kerap lihat cerita melalui Multi DL drive

*Apbila korg kerap menggunakan  Multi DL drive, Leser Multi DL drive akan haus, semakin korg kerap mnggnakn Multi DL drive , semakin haus lesernya. So, klu korg takut laptop korg xdpat detect CD n DVD,korg pnjamlh dgn kwn2 korg. guck luck*

~save laptop~


MySpace   Klip Jap...

Saturday, March 12, 2011

Friday, March 11, 2011

Matikan fungsi AutoPlay pada Windows 7

Fungsi AutoPlay dalam Windows pada asalnya dibina untuk memudahkan pengguna. Apabila anda memasukkan media luar seperti USB drive atau external hard disk, Windows akan menjalankan aplikasi tertentu berdasarkan AutoPlay yang telah ditetapkan.


Malangnya fungsi ini telah disalahgunakan oleh pembuat virus untuk menjangkiti komputer anda. Virus tersebut diprogramkan untuk dilancarkan secara automatik apabila fungsi autoplay diaktifkan. Sebab itulah, lebih elok jika anda mematikan terus fungsi AutoPlay ini.  

Cara-cara nak matikan fungssi Autoply

1. Buka Control Panel dan taipkan ‘AutoPlay’ di dalam kotak carian. Anda akan nampak kategori AutoPlay dipaparkan. Klik pada ‘Change default settings for media or devices’


2. Kosongkan kotak ‘Use AutoPlay for all media and devices’. Tekan butang Save.


Semudah itu sahaja, fungsi AutoPlay anda telah dimatikan bagi mengurangkan risiko komputer anda dijangkiti virus. Dan jangan lupa untuk memasang antivirus pada komputer anda sebagai perlindungan utama terhadap virus.

Sunday, February 13, 2011

Facebook dan YouTube Kena Block?


Sewaktu bekerja di sebuah kementerian kerajaan, saya selalu menghadapi masalah tidak dapat membuka laman web yang tertentu kerana ianya telah disekat.

Kalau laman web seperti Facebook dan YouTube sahaja yang disekat, tak apalah. Namun sekatan adalah dibuat berdasarkan keyword, dan ia sangat menganggu saya dalam mencari maklumat di Internet.

Jadi bagi mengatasi masalah ini, saya menggunakan UltraSurf. Anda cuma perlu lancarkan UltraSurf, dan ia akan membuka satu Internet Explorer khas untuk anda melayari Internet.

Jika anda ingin menggunakan UltraSurf dengan browser lain seperti Firefox, Chrome, atau Opera; anda cuma perlu menetapkan proxy bagi browser tersebut kepada – 127.0.0.1:9666

UltraSurf ini juga berguna sekiranya anda tidak dapat membuka laman web tertentu (blog di via.my contohnya) kerana menggunakan IP yang dikongsi (Celcom Broadband, DiGi Broadband, dsb)

Dapatkan UltraSurf di sini.

Dapatkan Data Yang Telah Hilang!!!

PC Inspector File Recovery adalah sebuah perisian percuma yang bagus untuk mendapatkan kembali fail-fail yang telah hilang. Sama ada fail tersebut telah anda delete, ataupun fail yang hilang dari partition yang anda format, anda boleh mendapatkannya. Berikut saya akan terangkan cara-cara menggunakan PC Inspector File Recovery:

1.  Buka PC Inspector File Recovery, dan pilih English sebagai bahasa antaramuka,

2.  Anda dikehendaki memilih jenis data yang ingin diselamatkan, iaitu:
     i.  Recover deleted files. Fail yang telah dibuang dekan menekan Delete atau Shift+Delete.
    ii.  Find lost data. Data yang hilang dari partition yang anda format, ataupun disebabkan kerosakan
         komputer.
   iii.  FInd lost drive. Jika partition hilang, ataupun tidak boleh dibuka.

3.  Bagi contoh kali ini, kita akan klik pada pilihan nombor dua, iaitu Find lost data. Klik pada ikon tersebut.


4.  Dwi-klik pada partition yang yang mengandungi data tersebut. PC Inspector File Recovery akan mula mengesan data-data yang sedia ada dalam partition tersebut.



5.  Seterusnya, tentukan cluster range yang akan dicari oleh PC Inspector Recovery. Anda boleh biarkan ia dengan nilai yang biasa, dan terus klik pada butang hijau. PC Inspector File Recovery akan mula mengesan data-data yang telah hilang. Proses ini akan mengambil masa, tunggu sehingga ianya selesai.


6.  Segala data yang dapat dikesan oleh PC Inspector File Recovery akan dipaparkan. Anda boleh pilih mana-mana data yang anda ingin kembalikan, dan klik pada butang save untuk menyimpan data-data tersebut.


Muat-turun: PC Inspector File Recovery

Install Windows Dengan Pen Drive



Ada kalanya anda perlu format komputer dan install Windows dengan menggunakan pen drive, terutamanya apabila CD/DVD-ROM rosak. Namun proses untuk membuat bootable pen drive yang berisi Windows ini biasanya adalah panjang dan leceh.

Dengan WinToFlash, proses ini dimudahkan untuk anda. Masukkan CD/DVD Windows berserta dengan pen drive anda, dan WinToFlash akan menguruskan kesemuanya.


Anda juga boleh memilih untuk melakukan silent install, supaya proses install akan dilakukan secara automatik (tak perlu klik Next, masukkan nombor siri, dan sebagainya).

Program ini boleh digunakan untuk membuat bootable pen drive untuk Windows XP, Server 2003, Server 2008, Vista, dan 7. Malah, Windows PE (yang digunakan untuk membaiki komputer) juga boleh dimasukkan.

Download WinToFlash (via DownloadSquad).

Friday, February 11, 2011

Tukar Latar Belakang ‘Logon’ Windows 7 Anda

Sekiranya anda menggunakan Windows 7, anda boleh menukarkan latar belakang (background) ‘Logon Screen’ anda dengan menggunakan perisian ‘TweaksLogon’. Perisian ini adalah percuma, dan anda boleh gantikan latar belakang ‘Logon Screen’ anda dengan apa jua gambar ataupun wallpaper.

Sebelum:
Selepas :


download perisian ‘TweaksLogon’


Install Software Pada Komputer Dengan Mudah



Click Here, "Ninite"

Biasanya selepas format komputer pelanggan, saya akan install software yang asas seperti Firefox, Adobe Reader, dan Yahoo Messenger. Jadi saya muatkan kesemua software ini ke dalam pen drive untuk dibawa ke mana-mana. Masalahnya, saya perlu selalu memeriksa koleksi software tersebut supaya ia menggunakan versi yang terkini. Dan kadang-kala saya terlupa juga untuk membawa pen drive.

Cara yang lebih mudah adalah dengan download software terus dari komputer pelanggan. Namun tidak perlulah pergi ke laman web yang berkaitan satu-persatu, kerana Ninite akan melakukannya untuk anda. Laman web Ninite mengandungi pelbagai pilihan software yang paling asas untuk Windows. Anda hanya perlu pilih software yang anda mahu dan klik download. Setelah download selesai, buka fail tersebut dan Ninite akan install kesemua software secara automatik.

Jika anda mempunyai sambungan Internet yang stabil, Ninite adalah cara yang sangat menjimatkan masa untuk melengkapkan sebuah komputer baru.

Jimatkan masa untuk copy dan paste

Bagi operasi copy dan paste, Windows hanya membenarkan anda copy satu fail/teks sahaja dalam satu masa.
Katakan anda ingin menyalin username dan password dari satu fail ke dalam pelayar web anda. Anda perlu copy username, paste ke dalam browser, kembali kepada fail untuk copy password, dan paste semula ke dalam browser. Operasi yang berulang ini membazirkan masa.

Dengan ClipX, anda boleh copy berapa banyak teks/fail sekaligus. Kemudian anda boleh pilih untuk paste mana-mana teks/fail tersebut dengan klik Ctrl+shift+V. Semudah itu sahaja.

Bagi orang yang tidak pernah menggunakan utiliti pengurusan clipboard seperti ClipX, biasanya mereka menganggap ianya sebagai tidak perlu. Namun setelah menggunkannya, ia menjadi satu alat yang paling diperlukan dalam urusan kerja seharian.

[Laman web: ClipX]

Cara-cara memasang Windows 7 BETA

Seperti biasa, perkara pertama yang anda harus lakukan adalah memastikan PC anda dapat membaca DVD ketika ia mula-mula dihidupkan. Ini dapat dilaksanakan dengan menetapkan boot sequence yang pertama kepada CD/DVD. Setelah boot sequence telah ditetapkan, masukkan DVD Windows 7 Beta dan hidupkan komputer anda.

Perhatian: Oleh kerana Windows 7 ini masih dalam peringkat Beta, masalah mungkin berlaku dalam proses pemasangan. Gunakan hard disk berasingan sekiranya anda bimbang akan keselamatan hard disk yang mempunyai dokumen-dokumen anda. Jika anda ingin meneruskan pemasangan, ikuti langkah-langkah di bawah ini:

1.  Skrin pertama yang keluar akan memaparkan msej “Windows is loading files…”, tunggu sehingga proses ini selesai.


2.  Kotak pertama, kedua, dan ketiga memaparkan pilihan bahasa, zon masa dan matawang, serta tetapan papan kekunci. Tetapkan pilihan anda dan klik Next.


3.  Klik pada butang “Install Now” untuk memulakan pemasangan Windows 7.


4.  Tandakan pada kotak “I accept license terms” dan klik Next.



5.  Klik pada butang Custom untuk melakukan pemasangan bersih Windows 7.





6.  Pilih partition manakah yang akan memuatkan Windows 7, dan klik Next.





7.  Proses pemasangan telah bermula. Tunggu sehingga proses pemasangan selesai.



8.  Setelah proses pemasangan siap, anda akan dikehendaki untuk membuat beberapa tetapan asas terhadap Windows 7 anda. Pertama sekali, masukkan nama anda dan nama bagi komputer, kemudian klik Next.


9.  Masukkan kata laluan bagi akaun Windows 7 anda dan klik Next.


10.  Masukkan nombor siri yang anda perolehi dari Microsoft sewaktu muat—turun dahulu, dan klik Next.


11.  Pilih pilihan bagi Windows Update. Untuk memastikan Windows 7 anda sentiasa dikemaskini, pilih “Ask me later”


12.  Pilh zon masa anda dan klik Next.


 13.  Kini Windows 7 sudah siap dipasang, dan anda sudah boleh mula menggunakannya.


Proses pemasangan Windows 7 adalah lebih mudah dan pantas berbanding Windows XP. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, sila tinggalkan di ruangan komen, selamat mencuba :)

Tuesday, February 1, 2011

Animated Wallpapers


  

                                                                           
                    





















































































(*._"c"_,).....hehehhe