Friday, February 11, 2011

Cara-cara memasang Windows 7 BETA

Seperti biasa, perkara pertama yang anda harus lakukan adalah memastikan PC anda dapat membaca DVD ketika ia mula-mula dihidupkan. Ini dapat dilaksanakan dengan menetapkan boot sequence yang pertama kepada CD/DVD. Setelah boot sequence telah ditetapkan, masukkan DVD Windows 7 Beta dan hidupkan komputer anda.

Perhatian: Oleh kerana Windows 7 ini masih dalam peringkat Beta, masalah mungkin berlaku dalam proses pemasangan. Gunakan hard disk berasingan sekiranya anda bimbang akan keselamatan hard disk yang mempunyai dokumen-dokumen anda. Jika anda ingin meneruskan pemasangan, ikuti langkah-langkah di bawah ini:

1.  Skrin pertama yang keluar akan memaparkan msej “Windows is loading files…”, tunggu sehingga proses ini selesai.


2.  Kotak pertama, kedua, dan ketiga memaparkan pilihan bahasa, zon masa dan matawang, serta tetapan papan kekunci. Tetapkan pilihan anda dan klik Next.


3.  Klik pada butang “Install Now” untuk memulakan pemasangan Windows 7.


4.  Tandakan pada kotak “I accept license terms” dan klik Next.



5.  Klik pada butang Custom untuk melakukan pemasangan bersih Windows 7.





6.  Pilih partition manakah yang akan memuatkan Windows 7, dan klik Next.





7.  Proses pemasangan telah bermula. Tunggu sehingga proses pemasangan selesai.



8.  Setelah proses pemasangan siap, anda akan dikehendaki untuk membuat beberapa tetapan asas terhadap Windows 7 anda. Pertama sekali, masukkan nama anda dan nama bagi komputer, kemudian klik Next.


9.  Masukkan kata laluan bagi akaun Windows 7 anda dan klik Next.


10.  Masukkan nombor siri yang anda perolehi dari Microsoft sewaktu muat—turun dahulu, dan klik Next.


11.  Pilih pilihan bagi Windows Update. Untuk memastikan Windows 7 anda sentiasa dikemaskini, pilih “Ask me later”


12.  Pilh zon masa anda dan klik Next.


 13.  Kini Windows 7 sudah siap dipasang, dan anda sudah boleh mula menggunakannya.


Proses pemasangan Windows 7 adalah lebih mudah dan pantas berbanding Windows XP. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, sila tinggalkan di ruangan komen, selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment