Sunday, February 13, 2011

Facebook dan YouTube Kena Block?


Sewaktu bekerja di sebuah kementerian kerajaan, saya selalu menghadapi masalah tidak dapat membuka laman web yang tertentu kerana ianya telah disekat.

Kalau laman web seperti Facebook dan YouTube sahaja yang disekat, tak apalah. Namun sekatan adalah dibuat berdasarkan keyword, dan ia sangat menganggu saya dalam mencari maklumat di Internet.

Jadi bagi mengatasi masalah ini, saya menggunakan UltraSurf. Anda cuma perlu lancarkan UltraSurf, dan ia akan membuka satu Internet Explorer khas untuk anda melayari Internet.

Jika anda ingin menggunakan UltraSurf dengan browser lain seperti Firefox, Chrome, atau Opera; anda cuma perlu menetapkan proxy bagi browser tersebut kepada – 127.0.0.1:9666

UltraSurf ini juga berguna sekiranya anda tidak dapat membuka laman web tertentu (blog di via.my contohnya) kerana menggunakan IP yang dikongsi (Celcom Broadband, DiGi Broadband, dsb)

Dapatkan UltraSurf di sini.

No comments:

Post a Comment